Artikle Fotografi

~SELAMAT MEMBACA DAN BERINFORMASI~
________________________________________________________________________________________
SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI
Siapakah yang mencipta kamera? Sebenarnya, penciptaan kamera tidak dilakukan oleh seorang individu sahaja. Proses penciptaan kamera ini berlaku secara beransur-ansur selama ratusan tahun melibatkan berbagai pengetahuan dalam ilmu fizik, kimia dan optik. Beberapa orang individu penting telah mencipta beberapa perkara yang akhirnya menyumbang kepada terciptanya kamera pertama yang boleh merakam imej kekal..>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
KENAPA PAKEJ PERKAHWINAN MAHAL?
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
IJAZAH JURUFOTO
“Perlukah masuk universiti untuk jadi jurufoto profesional?” Saya seringkali ditanya soalan ini. Selalunya yang bertanya itu ialah golongan remaja yang minat fotografi dan ingin menjadikan fotografi sebagai kerjaya mereka. Jawapan ringkasnya – tidak perlu. Anda tidak perlu ada sijil, diploma dan sebagainya untuk menjadi jurufoto profesional. Tetapi, jika anda ada kelulusan formal dalam bidang fotografi, ianya akan menjadi satu kelebihan buat anda. Tetapi dengan satu syarat.>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
MENJADI JURUFOTO AMATUR ATAU PROFESIONAL?
Ramai jurufoto amatur menyimpan hasrat untuk menjadi seorang jurufoto profesional. Jurufoto profesional dikatakan mendapat bayaran lumayan, dapat merakam gambar di tempat-tempat menarik dengan kos dibiayai sepenuhnya oleh pihak lain, mendapat tajaan peralatan kamera yang tercanggih, kerjaya yang penuh dengan glamour dan bermacam tanggapan lagi. Tetapi, bukan semua tanggapan ini adalah benar mengenai kerjaya sebagai seorang jurufoto profesional..>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
LENSA YANG SESUAI UNTUK ANDA
“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” – Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
ISTILAH DALAM FOTOGRAFI
Terdapat pelbagai istilah atau kata singkatan yang terdapat dalam sesebuah DSLR ataupun bidang fotografi, sekiranya anda adalah seorang yang masih ditahap permulaan dalam bidang fotografi, isitlah ini boleh dijadikan rujukan buat anda>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
FILE FORMAT
Setelah sensor menangkap imej, imej tersebut akan disimpan di dalam memory card. Tetapi sebelum itu, pengguna harus menetapkan dulu, dalam format apakah imej itu hendak disimpan. Imej boleh disimpan di dalam berbagai jenis format dan setiap format tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ada 3 jenis pilihan format iaitu RAW, TIFF dan JPEG.>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
KENALI KAWALAN KAMERA DSLR
kepada anda yang masih baru dalam fotografi, berikut ini adalah rajah tentang bagaimana kamera DSLR berfungsi serta rajah tentang bahagian-bahagian penting pada kamera DSLR.>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
FOTOGRAFI BUKAN MACAM MATEMATIK
Matematik ialah subjek yang saya paling lemah masa di sekolah dulu. Sebab itulah saya jadi jurufoto sekarang, bukan ahli matematik. Bila dapat masuk ITM dalam jurusan fotografi, saya rasa lega dapat belajar bidang yang saya minati. Tapi, macam tak percaya, rupanya ada juga subjek matematik yang saya kena belajar untuk dapatkan diploma dalam fotografi. Subjek itu dinamakan Photo Science Mathematics! Apakah ini semua??? Ingatkan dah lepas bala nak mengira, rupanya ada lagi…>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
STREET PHOTOGRAPHY
Street Photography atau aktiviti merakam foto di sekitar jalan di bandar merupakan satu lagi cabang fotografi yang semakin popular di Malaysia ketika ini. Street Photography bukanlah satu bidang baru, ianya telah wujud sebagai satu cabang dalam fotografi sejak zaman awal fotografi lagi. Namun, Street Photography pada ketika ini telah telah diberi ‘nafas’ baru dengan penggabungan elemen lain dan gaya-gaya tertentu.
Di dalam Street Photography, selalunya jurufoto merakam dan menceritakan kehidupan masyarakat di sesuatu tempat (atau sekitar jalanan di sesuatu bandar) mengikut kacamata jurufoto. Biasanya, subjek utama yang dirakam adalah manusia, tetapi, sesuai dengan nama Street Photography, latar belakang atau elemen-elemen lain yang selalu ada di dalam foto itu adalah bangunan, kaki lima, jalanraya, gerai, jambatan dan seumpamanya.>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
APA ITU BULB?
Pada kamera DSLR kita, kita akan jumpa pelarasan shutter speed yang dinamakan BULB. Apabila kita menggunakan setting BULB, shutter akan terbuka apabila shutter release button ditekan. Selagi kita tidak lepaskan shutter release button tersebut, selagi itulah shutter akan terus terbuka. Ini bermaksud, anda boleh tentukan sendiri berapa lama shutter ingin dibuka.
Kebanyakan kamera DSLR mempunyai kawalan shutter speed diantara kelajuan 1/4000 saat sehingga ke 30 saat. Jika anda ingin membuka shutter lebih lama dari 30 saat, anda boleh laraskan kawalan shutter kepada BULB.
Setting BULB biasanya digunakan dalam keadaan cahaya yang kurang seperti pada waktu malam. Dengan membuka shutter dalam satu tempoh yang panjang, lebih banyak cahaya akan masuk. Dengan ini, suasana yang gelap akan dapat dicerahkan.
Tapi, bila menggunakan slow shutter, anda perlu pastikan kamera berada dalam keadaan stabil tanpa ada sebarang gegaran ketika foto sedang......>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
MASIH ADAKAH HARAPAN DALAM PERNIAGAAN FOTOGRAFI
Kadangkala kita takut melihat ribuan orang yang mendakwa diri mereka sebagai jurufoto. Begitu ramai sekali jurufoto sekarang ini. Mana mungkin kita boleh bersaing dalam keadaan begini? Masih adakah harapan untuk kita  berjaya dalam perniagaan fotografi?
Kita harus melihat fenomena ini dari sudut yang positif. Kebanjiran peminat fotografi di seluruh dunia ketika ini telah membuatkan harga peralatan kamera menjadi jauh lebih murah dari sebelumnya. Ini kerana, produk kamera boleh dikeluarkan secara besar-besaran dan ini telah dapat menurunkan harganya. Proses perkongisan ilmu fotografi juga telah menjadi lebih mudah kerana adanya komuniti yang besar di dalam bidang ini.
Cuma, apa yang tidak menyenangkan ialah, dari sudut perniagaan, nilai upah seseorang jurufoto dikatakan telah menurun. Akibat persaingan yang terlalu sengit, ada segelintir jurufoto...>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
PHOTO ENHANCEMENT
Foto enhancement adalah satu proses dimana sesuatu foto itu dicantikkan lagi dari foto asalnya. Proses ini biasanya dibuat menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya kerap ditanya, adakah foto yang saya rakam ‘dimasukkan’ terlebih dahulu di dalam Photoshop. Jawapan saya – Ya, semua foto yang saya rakam akan saya lakukan enhancement terlebih dahulu menggunakan Adobe Photoshopsebelum sesuatu foto itu ditunjukkan kepada orang lain.
Bagi saya, gambar foto yang tidak dilakukan enhancement adalah gambar foto yang belum siap. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang telah siap dibina, tetapi tidak dihias. Proses photo enhancement ini bukannya baru. Jurufoto sejak zaman penggunaan kamera analog (kamera menggunakan filem) melakukan enhancement kepada foto yang mereka rakam. Bezanya, pada ketika itu, proses enhancement ini dilakukan di dalam bilik gelap (darkroom) secara manual.
Biasanya, saya akan melakukan enhancement dari segi - cropping, level, color balance, burning dan dodging. Saya bukan pakar dalam penggunaan Photoshop. Tetapi, saya rasa, pengetahuan saya cukup sekadar untuk melakukan enhancement yang asas dan penting. Sememangnya menjadi satu keperluan untuk semua jurufoto untuk mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai penggunaan Adobe Photoshop.
Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas, saya tunjukkan contoh foto yang saya rakam dan jenis enhancement yang telah saya lakukan. Foto di bawah ini adalah foto original tanpa dilakukan apa-apa enhancement. Ianya kelihatan biasa sahaja. Tetapi, ciri-ciri penting pada..>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
JURUFOTO SAMBILAN 
Bagi peminat fotografi baru (beginners), salah satu cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan adalah melalui fotografi perkahwinan. Bagi golongan yang mempunyai pendapatan tetap, bisnes fotografi perkahwinan dilakukan secara sambilan. Apabila dilakukan secara sambilan, ada segelintir jurufoto sambilan yang kurang bersungguh-sungguh dalam kerja fotografi perkahwinan. Tanpa minat dan kesungguhan, seseorang itu tidak boleh maju dalam bidang ini.
Tanpa ilmu dan bimbingan yang betul, ada masanya seseorang itu akan terperangkap dalam beberapa masalah. Adakalanya ini akan membuatkan seseorang itu berputus asa lalu meninggalkan terus bidang ini. Selain dari itu, ada juga golongan yang terlibat dalam fotografi perkahwinan dalam satu tempoh masa yang lama, tetapi malangnya mereka tidak memperolehi hasil yang setimpal walaupun telah mengorbankan banyak wang dan masa mereka.
Sebenarnya, jika pekerjaan ini dilakukan dengan cara yang betul, ianya boleh memberikan pendapatan yang lumayan.>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
BAGAIMANA MEMAKSIMUMKAN PERANAN JURUGAMBAR ANDA
Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah anda belanjakan?
Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama. Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.>>Selanjutnya~~
________________________________________________________________________________________
10 SOALAN YANG ANDA PERLU TANYA KEPADA JURUGAMBAR ATAU JURUVIDEO ANDA. 
Soalan 1
Berapa lamakah pengalaman anda dalam bidang fotografi perkahwinan?
....
Soalan 2
Adakah anda merakam gambar perkahwinan secara sambilan atau sepenuh masa?
....
Soalan 3
Adakah anda menggunakan peralatan digital atau analog?
....
Soalan 4
Bolehkah saya lihat contoh hasil kerja anda?
....
Soalan 5
Apakah gaya fotografi atau videografi anda?
....>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
KEHEBATAN KAMERA KOMPAK
Pada suatu ketika dahulu, kamera kompak hanya digunakan oleh orang kebanyakan untuk merakam gambar keluarga atau gambar aktiviti sekitar kehidupan mereka sahaja. Jurufoto profesional atau peminat fotografi tidak menggemari kamera kompak kerana kualitinya yang rendah dan keterbatasan fungsinya. Namun, kamera kompak kini telah banyak berubah dan dimajukan, lebih-lebih lagi dalam era perkembangan teknologi digital yang begitu canggih sekarang ini. Oleh sebab itu, kamera kompak kini mula diminati dan digunakan oleh peminat fotografi dan jurufoto profesional tertentu bagi merakam gambar yang tertentu..>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
FORMULA UNTUK MERAKAM GAMBAR YANG HEBAT
Ramai orang yang boleh merakam gambar. Tetapi tidak ramai yang mampu merakam gambar yang menarik atau gambar yang hebat. Kadangkala, ada yang terfikir, cara untuk menghasilkan foto yang hebat adalah satu misteri atau satu rahsia yang hanya orang tertentu sahaja yang mengetahuinya. Malah, ada yang seolah-olah menyangka, jurufoto yang hebat seakan-akan mempunyai kuasa ajaib dimana setiap sentuhan rakamannya akan menghasilkan karya agung. Tanggapan ini tidaklah benar. Jurufoto hebat juga pernah gagal dan pernah buat silap...>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
FOTOGRAFI DAN WANG
Buat duit dari fotografi bukan kerja senang. Tiada siapa akan berikan kita duit dengan mudah, kecuali jika kita memang benar-benar layak dan terbukti bagus. Ramai peminat fotografi berhasrat untuk menjana wang dari bidang fotografi kerana dikatakan – menjana wang dengan melakukan perkara yang kita minati adalah sungguh menyeronokkan. Kenyataan ini nampak sungguh menarik; semua orang pasti sukakannya. Tetapi malang sekali, kenyataan ini telah mengelirukan dan memperdayakan ramai orang, lalu ramailah yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Jadi, apakah realitinya?..>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________
TAHAP-TAHAP SEORANG JURUFOTO
Bagaimanakah anda melihat bidang fotografi? Seluas manakah atau setinggi manakah anda melihat bidang fotografi ini? Bagi peminat fotografi yang baru menceburkan diri dalam bidang ini, mereka akan hanya dapat melihat bidang fotografi pada permukaan luarnya sahaja. Bagi mereka, fotografi hanya berkisar sekitar kamera dan rakaman gambar secara rawak. Memang inilah yang selalunya berlaku di peringkat awal bila kita menceburi apa-apa bidang sekalipun. Ibaratnya, kita tidak akan sedar betapa luasnya laut jika kita hanya duduk di tepi pantai. Selalu juga dikatakan – semakin banyak kita belajar, semakin kita sedar betapa banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu...>>Selanjutnya
________________________________________________________________________________________



TERIMA KASIH
Semua isi kandungan dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara, dilarang sama sekali men"copy" tanpa sebarang kebenaran dari pihak admin