Tuesday, October 4, 2011

FILE FORMAT


FILE FORMAT

Oleh Hasnuddin Abu Samah



Setelah sensor menangkap imej, imej tersebut akan disimpan di dalam memory card. Tetapi sebelum itu, pengguna harus menetapkan dulu, dalam format apakah imej itu hendak disimpan. Imej boleh disimpan di dalam berbagai jenis format dan setiap format tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ada 3 jenis pilihan format iaitu RAW, TIFF dan JPEG.
JPEGFormat JPEG adalah format yang paling universal kerana fail di dalam format ini boleh dibaca oleh semua jenis image viewer. Ia juga merupakan format yang paling popular kerana saiz failnya tidak terlalu besar disamping kualiti gambar yang dihasilkan adalah cukup baik.
TIFFFormat TIFF mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding JPEG, tetapi saiz failnya adalah lebih besar. Malah saiz failnya selalunya lebih besar dari saiz fail RAW.  Oleh kerana saiznya yang besar, ia menggunakan ruang simpanan data yang besar di dalam memory card anda dan melambatkan sedikit proses penyimpanan data. Bukan semua kamera DSLR menawarkan pilihan untuk rakaman dalam format TIFF kerana ianya jarang digunakan.
RAWFormat RAW memberikan kualiti terbaik diantara ketiga-tiga format ini. Namun, setiap imej RAW mestilah diproses terlebih dahulu menggunakan software tertentu sebelum ianya boleh menjadi gambar yang sempurna. Oleh kerana saiz failnya yang besar, format RAW memerlukan saiz simpanan data yang lebih besar juga.
Kesimpulannya, setiap jenis format mempunyai kelebihan dan kekurangan. Format yang paling kerap digunakan adalah format JPEG dan RAW. Format TIFF kurang menjadi pilihan kerana kelebihannya tidak begitu banyak bezanya berbanding RAW. Untuk peringkat awal, saya cadangkan anda menggunakan format JPEG kerana ianya sudah cukup berkualiti bagi kebanyakan keperluan.